JomStudi merupakan hab pembelajaran digital yang menyediakan kandungan pendidikan berkualiti untuk ditawarkan kepada pelajar, terutamanya bagi mereka yang mendiami kawasan yang kurang mendapat perhatian. Ianya dizahirkan sebagai maklum balas kepada perubahan dalam landskap pembelajaran yang menyaksikan internet berfungsi sebagai alat utama untuk pelajar mendapatkan maklumat.
Keahlian adalah percuma. Anda hanya perlu mendaftarkan akaun. Walau bagaimanapun, kandungan dalam laman web rakan kongsi kami mungkin dikenakan caj langganan.
Pelanggan Digi tidak dikenakan caj data/internet semasa melayar laman JomStudi pada masa tertentu. Caj percuma tidak termasuk Youtube atau aplikasi Rakan Belajar tersendiri. Tertakluk pada terma & syarat.
Terdapat pelbagai kandungan yang berbeza di dalam JomStudi. Contohnya silibus pembelajaran, soalan latihan peperiksaan, video-video interaktif dan robotik.
Kami juga akan mempelbagaikan lagi kandungan sedia ada.
Pelajar mengumpul lencana yang berlainan sebagai ganjaran menyelesaikan tugasan mereka.
Anda boleh memantau perkembangan kemajuan melalui papan pemuka peribadi, yang mana pelajar mempunyai paparan lengkap kemajuan masing-masing terhadap aktiviti-aktiviti yang sedang atau selesai dilakukan.
Pada masa ini, JomStudi hanya boleh diakses di dalam Bahasa Melayu. Pilihan Bahasa Inggeris akan datang.